Saturday, 20 February 2016

long time no see

Assalamualaikum..

Alhamdulillah masih lagi berkesempatan untuk berceloteh di laman blogger saya yang sudah lame kian suram dan sunyi sepi, biasalah bila dah fokus pada sesuatu kerja pasti kerja lain tak dapat nk bagi komitment, sebab aku bukan jenis yang banyak tangan apetah lagi banyak mulut.

Sudah 7 semester berlalu meninggalkan aku di zaman hadir ke kuliah, seingat raza aku last aku update entry masa aku semester 6 sekarang aku dh semester 8. Hahaha..lama bebenor hakak tak update dik oii... tapi xde la lme sangat baru thun lepas..hihi..

Dalam masa setahun tu macam-macam perkara indah dan kenangan yang telah aku dan orang-orang aku sayang lalui. Mula dari orang yang aku sayang ahli keluarga aku macam-macam saat pahit, manis, ade yang suka ada yang duka. Aku dikhabarkan bahawa adik aku telah menghidap penyakit kanser. Jarak yang jau menyukarkan aku untuk menolong ahli keluargaku. Hanya doa dan nasihat yang mampu aku berikan saat adik aku terlantar sakit. Punca penyakit pada mulanya tidak dapat dikenal pasti tapi akhirnya dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Setelah tamat menjalani rawatan kimoterapi sekarang adik aku sudah kembali sihat seperti biasa.Aku bukanlah lahir dari golongan yang kaya dan mewah tapi hidup dalam keadaan sederhana sahaja. Kos rawatan sangatlah mahal menyebabkan kami sukar dalam kewangan. Tapi aku rasa sedih sebab pada masa yang sama aku pon dalam dibelenggu masalah kewangan ketika aku belajar sebab terlalu banyak duit yang perlu digunakan untuk tujuan assignment lagi2 utk projek akhir. Namun aku tetap bersabar dan terus berdoa agar Allah S.W.T itu Maha Mengasihani dan Maha Mengetahui. 



Di saat kita susah hadir seorang yang sangat memerlukan dalam hidup kita dia lah orang yang amat aku sayang. Dia banyak berkorban masa dan tenaga semata-mata untuk aku. 'ABANG BOLEH JADI MACAM SAYANG, SAYANG PON BOLEH JADI MACAM ABANG', itulah ungkapan yang dia berikan. Dia tak pernah mengeluh tak pernah kenal erti penat untuk orang yang dia sayang. Aku bergantung harapan pada dia selpas abah aku. Dia sentiasa ada bersama aku ketika susah mahupun senang.

Wahai saudari sekelian, adakah kalian lupa Allah menyatakan dalam surah Yassin ayat 36;

” Maha Suci Tuhan yang Telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.”

Ayat menjelaskan janji Allah dan janji Allah itu Maha Benar. Bahawa setiap makhluq dijadikan dengan pasangan masing-masing. Bila dan di mana seorang itu bakal bertemu dengan pasangannya hanya Allah yang mengetahui. Mungkin di dunia , mungkin di akhirat.

Firman Allah S.W.T.

“Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.”

(Yaasin: 36)

Sehinggalah pada hujung tahun 2015 kami telah mengikat tali pertunangan. Majlis yang diadakan hanyalah kenduri kecilan sahaja yang hadir para saudara dan saudari pihak perempuan juga pihak lelaki.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Kalau ada jodoh tidak ke mana. Aku hanya berdoa supaya hubungan aku dengan encik tunang kekal sehingga kami diijab kabulkan kelak..amin...


Wednesday, 27 May 2015

FYP 1

Assalamualaikum..alhamdulillah done fyp final year project 1 saya...semua berjalan lancar dgn berkat doa dr Allah..pertolongan n kerjasama dari rkan seperjuangan..yg mmg ada kalanya pnt n stress dibuatnya..