Sunday 29 September 2013

ex bf sy married??

assalamualaikum...

hihi...susah nk citer...sebab dah sedih nykan...ex bf dah married with his choice...nk thu sape...haha...


tadaaa...ini lah die Mohd Aizam Mat Saman berumur 30 tahun atau dikenali sebagai adam af2..
           penyanyi yang saya suka dan saya paling minat lagu2 dia...dari dulu lg...


now dia dah pon berkahwin dengan pilihan hati penerang jantungnye...alhamdulillah...sejuk je mta tgok mata memandang....bersama dengan isteri tercinta iaitu bekas anggota kumpulan Elite, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim atau dikenali dengan nama Fiza Halim, 32 sah menjadi isteri kepada penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim kedua, Mohd Aizam Mat Saman atau Adam, 30 bertempat di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor, Shah Alam dengan mas kahwin RM300 dan hantaran sepersalinan lengkap. 

Pasangan dinikahkan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Daerah Petaling, Suhaimi Ahmad Wakid dan majlis dimulakan dengan khutbah nikah oleh Suhaimi. Pasangan ini yang mengenakan putih ini turut kelihatan sepadan bagai pinang dibelah dua.

Ini merupakan perkahwinan kedua bagi Fiza dan perkahiwinan pertama bagi Adam selepas Fiza pernah berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata.


bersama-samalh kita  mendoakan agar kedua-dua mempelai ini bahagia hingga ke akhir hayat & berikut beberapa keping gambar di sekitar majlis pernikahan yang serba ringkas ini. Have enjoy...







RILEK DULU......
ADA KISAH DI SEBALIK PENYATUAN PASANGAN INI....


Sejak pertemuan pertama kali pada Ramadhan kelima, hati Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman sudah terpaut & selepas pertemuan kali kedua Adam meluahkan hasrat untuk memperisterikan bekas ahli Elite, Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim.

Menurut Adam AF selepas melihat gambar profil Facebook mengenakan hijab yang dimuat naik sangkaan awal Adam bahawa dia mungkin bertudung kerana lakonan ternyata meleset apabila mengetahui bahawa Fiza ketika itu sudah terbuka hati untuk berhijab.

“Selepas mengetahui dia sudah berhijab saya terus mengajaknya keluar, untuk berkongsi serba sedikit pengalaman berhijrah. Tidak sangka pula pelawaan saya disapa baik oleh Fiza”

“Sejak pertemuan itu, saya terus terpaut kepadanya sehinggakan wajah Fiza sentiasa muncul dalam solat. Jadi, saya anggap itulah petunjuk daripada Allah,” ujar Adam AF.

Tanpa mahu melambat lambatkan proses perkenalan Adam AF lantas membawa Fiza bertemu keluarganya dan ibunya juga terbuka hati melihat kelembutan Fiza yang juga pandai mengambil hati keluarganya — mereka juga tidak kisah akan status janda Fiza Elite.

Keserasian yang ada pada Adam dan juga anaknya turut diakui bahawa antara sebab Fiza Elite menerima lamaran tersebut. semoga mereka berbahagia hingga ke syurga abdi...amin....:)

No comments: